Franky Van der Elst
Franky Van der Elst

Franky Van der Elst

Franky Van der Elst (lahir 30 April 1961) merupakan pemain bola sepak bersara Belgium yang bermain di posisi pemain tengah bertahan. Beliau kini merupakan jurulatih bagi kelab KSV Roeselare.Pada Mac 2004, beliau telah disenaraikan oleh Pelé sebagai salah satu 125 pemain terhebat dunia dalam FIFA 100. Van der Elst telah mengumpul 86 kaps untuk pasukan kebangsaan Belgium dan mewakili pasukan kebangsaannya ke empat edisi Piala Dunia dan bersara semasa umur hampir 40 tahun.